Get to know yourself better

Friday, March 13, 2009

huhuh ako di TAG oleh Memey ngan Adar... ako buat je la.. hehehe.. ini jawapan jujur nie..

Kawan2 leh cuba di sini http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx


Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.



huhuh no komen..rasa mcm mmg diri ako je... Yg baik2 je la....hehehe

Jangan Tutup Lampooo !! Edisi Criter Kronologi Hantu

Friday, March 6, 2009


ini ako list kan ikut experience ako jer la, dari2 experimen yg ako penah wat dulu. so kita lebih paham pasal diaantu ni mungkin leh kurang kan sikit takot korang kat dia hehehehhe.

Mana ako tau? ni eksperimen ngan member ako dulu la sebelum dia kawin, pas dia kawin bini tak bg kuar umah so ako stop la. sorang2 tak berani siut.

so kut ada yg nak kongsi2 sama meh la.


nak panggil antu
- senang jer korang borak je pasal dia, dia datang la. kalau yg baik sikit tu bila korang tukar citer dia blah, tp yg gengster tu korang plak yg kene blah dari situ.


nak detect antu
- tak yah pakai alat cam mat saleh tu, rasa guna tangan je. kalau rasa cam meremang tu korang pusing la sampai rasa tu paling kuat kat situ le dia lepak.


nampak antu - Real depan mata
1. kalau kaco tempat dia mmg dia kaco balik, tu yg satu taman leh nampak hehehe.
2. Dia nak geng la, tp korang yg takot. Cuba korang tegur, sure dia ikut sampai umah.
3. Saka kut, turun kat korang pas tu tak bg mkn. mmg la dia kuar nak mintak makan, kut diam je lapo la plak nanti.
4. korang bela tp tak bagi makan. (bila masa plak ako bela antu?) biasa dapat dari ilmu2 yg merepek la. kut korang ada belajar jampi ntah apa2 korang ingat sapa yg tolong jalankan jampi/ilmu apa2 tu!


nampak antu - imbasan2 tepi mata
1. kat asrama selalu ni, ni biasa dia melintas je. mata kita mmg leh nampak yg camni bila dia melintas. pas tu dengar la cam ada bunyik org masuk toilet la etc2. wat tak tau je pasal dia lalu je tu.


Pindah umah baru - ada antu ke tak?
1. umah lama kene tinggal >40 hari biasa ada squatters la. so time pindah tu paling sempoi cuci umah je. janji suma lantai kene air pon dah ok.
2. wat doa selamat la.
3. Kut degil gak, elok pindah jer. lain la kut sama member ngan dia hehehe.
< nie ako paling byk EXP bab pindah umah nie >

Kaler antu -
putih - paling low level, selalu yg nampak yg ni la. pasal paling banyak.
kaler gelap(cokelat/itam etc) - level atas sket, biasa kat hutan. kalau nampak elok chow je.
kaler2 lain - level atas dua ni, kalau korang leh nampak mmg special case la. tp kalau kene kacau huhuhuhuhu


rasa antu -
1. paling basic sekali meremang la
2. sejuk pon ada gak, cam kat seekers tu siap effect termometer lg
3. Bau busuk/hanyir - ni ako takot sket, pasal terbayang daging reput huhuhu
4. Panas - ni ada gak tp biasa kalau rasa panas ni jin (jin kan dari api)
5. Pening kepala - ni selalu ramai gak yg kene, tp diorg tolak kata migrain je
6. sekeliling nampak lebih gelap - ni ada gak ako kene nak explain kenapa mmg tak tau le
7. rasa berangin - rasa je, tp pokok/daun tak goyang pon.
8. Kenapa kita rasa? - setau ako rasa ni sama cam bila kita tenung belakang orang lain. nanti org tu mesti pusing belakang pasal rasa something. konsep dia sama la, pasal dia tengah konsentret kat kita.


dengar bunyi antu -
1. sorang je dengar yg lain tak - dia target kat sorang je, sebenarnya dengar lam kepala/otak bkn kat telinga. dia mmg leh target sorang je camtu.
2. bunyik2 pelik - pintu la, tapak kaki la, seret rantai la n etc. - ramai leh dengar, ako tak tau lg kenapa. tp ako suspek mmg dia yg gerak kan kut.


antu makan nasik n etc?
1. nasik - yg makan nasik ni biasa yg kene rasuk je
2. buah - mkn zat dia je, rasa manis dia hilang. (tak caya korang try la yg kat pokok2 besar tu)
3. kfc/ayam goreng - ni korang leh xperimen sendiri kalau nak rasa, campak jauh2 pas tu sound la 'wei ni untuk korang'. malam2 sahaja, n bila korang ada rasa meremang. kalau kat hutang time camping lagi masyuuuk.


rasuk kat antu???
1. full takeover - antu yg takeover, kene tolak gerenti terbang punya
2. meracau2/jerit - kalau pegang tenaga cam org normal, nampak je tu. bkn masuk pon. biasa pompuan la, dah dia nampak benda tu mmg takot la.
3. semi mode - kalau penah dengar pasal org yg perangai kuat marah pas tu bila marah mesti kata ako ni nampak ko kecik je!. benda tu kat dlm bdn tapi dia tak takeover, dia lepak jer. tapi bila marah kita dah allow control kat dia so mata kita pon guna mata dia. (benda tu ada yg besau n tinggi beb). Sebab tu kalau marah kene sabarrrr.


ADA sapa2 mau share criter hantu ke..ako ada byk nie..kisah benar hehe..

This post dedicated to Annorin ...

Thursday, March 5, 2009



N9 and Melaka Trip Event !

Wednesday, March 4, 2009

Ako nak update lama dah.. tapi hajat x kesempaian sebab kekurangan material @ Pic.. tu pun curik2 amik dari PC AIN ..sorry ye AIN.. ako amik semua pic post2 manje sekali yg ada dlm PC ko hehehe.. 


Oke .. Trip nie dicadangkan dah lama dah, tapi disebabkan oleh salah srg geng membe ako sakit appendiks.. so terpaksa la hold sampai luka dia dah sembuh.  So dipendekkan criter pada 28 February maka set la journey ke sanaa.... Asalnya di set untuk geng jantan je.. tapi dah kebetulan budak perempuan opis ako pun g Melaka.. so bertemu la ngan diorang untuk makan ikan bakar sekali..  

Alrite trip bermula dengan ako amik si ZAIM dahulu dlm tgh hari then seterusnya amik Fakrul di Opis TM .   So 1st trip kami pegi la ke N9 ke LEMAN DAWI untuk pekena cendol yang dikatakan popular  tu...

Perjalanan ke sana x susah and jauh pun dari KL, dalam 40 minit masuk area senawang pastuh jumpa la Kodai Leman Dawi Cendol nie... Masa mula2 masuk mmg  nampak la kedai nie best, 1st time tgk org amik cendol beratur cam amik Nasi Kandar.. 

So sementara tunggu si Ariff nie datang, kitorang pekena la dulu... 


"Yang beratur nie jgn risau, masih cukup.. cuma untuk orang yang baru nak masuk dah habis" ujar Pak Leman Dawi sambil pegang Signboard cendol habis... 


asik dok hirup air gamat..sekali sekala hirup cendol layan habis.. ( tong merah tu untuk refill cendol..FREE! ) 


tu le rupa Pak Leman Dawi.. seorang pejuang bangsa Melayu.. Korang pegi korang tau la maksud ako nanti..


Lepas je Si Ariff sampai, kitorang pun menuju la ke REMBAU untuk pegi ke Rumah Ariff (park keta) .. Dan sebelum ke MELAKA.. Sempat gak melawat tempat menarik di N9 seperti di PEDAS, makam Doll Said dan etc.. Pic xde plak...


Perjanan ke Melaka di teruskan,  



Hujan la plak, siap kena tempuh banjir ...  nasib guna keta 4wheel ako... 




Kota Belanda.. teringat Vclips Alleycats tangga tangga ke pintu bahagia...


Sampai Melaka dalam kul 4  lebey ..maka perjalanan diteruskan  untuk ke Medan Ikan bakau Anjung batu ..ako dah malas nak taip dah nie..refer pic je la ye 

Di Anjung Batu..byk PIC menarik..randomly pick je la... hhehe


Selepas Solat Maghrib Di Surau,  Plan diteruskan untuk bernight SAFARI di ZOO Melaka.. (yeay!)  Pic kelam and x dibenarkan tangkap gambau.. so ako x letak ler...Apapaun memang layan habis.. rasa cam budak2 tgk binatang plak..excited.. cuma ako kempunan nak tgk TAPIR MALAYA...  apapun nasib ada Harimau MALAYA..feveret ako gak tu... Even Hujan pun kitorang redah je .. lantak ahh... Sebelum balik sempat main ngan burung gembala kerbau.. pandai betui bagi Salam and hai bila kita gelak dia gelak..hehe kelakor..




Dah habis Di Zoo,  G makan2 di Restoran Terapung..Cantik kedai nie.. 

  

Perut sudah kenyang, lemak dah banyak..kena g sauna nie.. Trip diteruskan ke Kolam Air panas.. Geng2 pompuan masih nak ikut even dah lewat malam  ( xreti penat ke diorang nie dari pagi dah jalan2.. kacip fatimah byk nie.)





Nah tgk gambar kaki... semua berani celup kaki je.. hehehe... panas yg amat




Lepas habis je trip ke Kolam air panas... semua gerak ikut haluan2 masing.. Geng kami g ke arah N9 untuk hantau Ariff dulu  dan Geng Pompuan g arah KL straight untuk balik... Mmg menarik la trip kali nie...  Puas hati la even cuaca lembap dan hujan..dah xkira dah semua tu... 

tapi group dak pompuan lebih puas hati kot.. dari pagi diorang jenjalan Melaka.. then start dari petang join trip jalan2 cari makan  kami plak.. 2 in 1 ye ... hehe  .. Ako yang paling ako teringkat kat and rindu time kat rimau di ZOO Melaka tu.. sronok giler bila ako panggil diorang respon and 3 ekor dok bersusun depan ako.Siap mengaumm.. kecut perut wooo...mmg nampak gagah habis...  Brader penjaga pun siap cakap , " kau boleh keje jadi keeper nie, dia akan  respon kat suara orang yg selalu bagi makan je" 

bak kata Aida.. ada daulat kot.. Rimau suka hohohoh..  


trip makan best, jalan2 best.. kolam air panas best.. so kira percubaan pertama jadi organizer kira berjaya la kot.. event utama nak g PULAU.. so kumpul2 la duit pada siapa nak Join nanti !!!..


Ini Baru Betul Lumba Haram

Sunday, March 1, 2009

Manusia oh manusia. Tak cukup dengan lumba kuda, lumba lembu ngan lumba Formula 1(F1). Kini ada satu trend baru pulak. Lumba haram dengan menggunakan binatang yang memang terang-terang haram buat orang Islam.

Pelik betul lah manusia nie. Ada jer idea-idea bangang nak suruh babi-babi nie berlumba sesama sendiri. Tak tahulah lepas nie nak binatang apa pulak akan jadi mangsa kekejaman manusia zaman sekarang.

Kalau anda berselera nak tengok lagi gambar-gambar lumba haram nie, sila baca artikel ini sepenuhnya.

P:S ==> Untuk mengelakkan kontroversi, gambar ini bukannya diambil di Malaysia.


COMEI GAK YANG LEADING nie.. hehee ( bak kata Fakhrul xpaham definisi comei ako) 


Isu penghinaan ISLAM dari STORMFURY selesai

Monday, February 23, 2009

Merujuk kepada isu penghinaan ISLAM dalam previous post sebelum nie..

td aku bersama beberapa member spt eboss, adika, mr k, insyi, jameq termasuk tuan penasihat , Razi dan Haq telah berjumpa dengan william ditemani oleh ayahnya dan paderi sri petaling.

Beliau telah buat permohonan maaf secara rasmi bagi umat ISLAM yang terasa hati dengan postingnya...

Si William juga mengaku hidupnya X tenteram sebab hari2 mendapat kecaman dari sms sampai ke tempat keje...


Entahlah William, nasib ko dah minta maaf, lain kali jgn Hina Islam lagi atau mana2 agama oke..!
Kitorang semua nie cool...cuma jgn cucuh lagi dah la ye.. kita sama 2 org MALAYSIA.. U need me i Need you oke..


Apapun ako rasa ada hikmah di sebalik kejadian.. bila jadi camnie org Melayu @ Islam masih mampu bersatu walaupun berbeza politik dan fahaman...


tetiba terasa cam CHAn Ho Nam plak bila dpt kumpul ramai org di kajang / bangi hari tu hhuuhuh...


Jom buat Babies [ http://makemebabies.com ]

Sunday, February 22, 2009

Ako ada jumpa satu web yang comfirm akan jadi kegilaan tambah tambahan geng2 TM nie.. hehe .. Benda nie ala2 myheritage jugak dimana diorg padankan pic korang ngan artis.. tapi yang nie special sket dia padankan gambar korang ngan pasangan korang..So nanti dia simulate rupa anak korang nanti mcm mana hehe..

Korang boleh jugak pilih nak padan dengan CELEBRITY , FRIENDS , ATAU PARTNER.. kalau anak korang x cute jangan salahkan ako ye..

1) Oke create and sign up korang punya ID di http://makemebabies.com 

2) Pilih Bahagian PARTNER dan upload pic anda terlebih dahulu. Full Body juga boleh sebab nanti korang boleh highlight bahagian muka sahaja. Ikut arahan dan masukkan pic partner plak..

3) Setelah customize semua pic ..Pilih frama baby .. yeayy! 

4) Pilih Baby Girl or Baby Boy dan nama anak anda 

5) Pilih warna kulit.. ako pilih mixed.. and the result. anak MAryam and HUbby.! suke2 ako letak nama Mariana huhuh!